Call us on  +6285933133244

Home » Blogs » Kelebihan Pembekal kekabu asli indonesia

Kelebihan Pembekal kekabu asli indonesia

Pembekal kekabu asli indonesia: Kekabu mempunyai banyak kelebihan. Sebab itulah kekabu sangat sesuai dijadikan bahan utama dalam bantal dan tilam tidak kira untuk apa peringkat usia. Antara kelebihan kekabu ialah :

i) Kekabu ialah gentian semula jadi anugerah Allah kepada kita semua sejak wujudnya alam dunia ini. Kekabu bukannya gentian sintetik ciptaan akal manusia seperti poliester yang terbatas keupayaannya, maka gentian sintetik tersebut sudah tentu mempunyai banyak kelemahan.

pembekal kekabu indonesia

ii) Kekabu tidak menyimpan haba. Maka bantal kekabu tidak panas.

iii) Kekabu lembut dan mudah digebukan semula. Caranya ialah dengan menjemur bantal atau tilam kekabu di bawah sinaran matahari, kemudian ditepuk-tepuk dengan tapak tangan atau dipukul dengan kayu. (Jangan pukul orang dengan kayu sudah … pukul bantal tak pe … bantal tak rasa sakit).

iv) Produk berasaskan kekabu tahan lama, mungkin boleh menjangkau 20 tahun atau lebih. Saya tengok di rumah pusaka Allahyarhamah moyang saya, bantal dan tilam kekabu buatan tangannya masih elok. Saya fikir kalau dia masih hidup, usianya kemungkinan besar antara 95 hingga 100 tahun. Saya kira berdasarkan umur nenek saya yang masih hidup yang berusia 82 tahun. (Orang dulu kahwin muda …)

v) Tilam kekabu sangat baik untuk sokongan dan pembentukan tulang belakang. Tengok orang dulu… kuat, tegap, tegak, sihat dan cergas. Bayi yang tidur atas tilam kekabu akan cantik postur badannya malah akan lebih cergas dan sihat kerana memiliki tulang belakang yang sempurna. Tapi sekarang para ibu cenderung membeli tilam bergentian sintetik kerana lembut. Ingat : kelembutan tidak sesuai untuk pembentukan tulang belakang.

vi) Kekabu tahan rintang terhadap serangan serangga seperti pijat dan bakteria (Manohara et. al., 2006). Serangga dan kulat tidak sesuai hidup dalam kekabu kerana tiada kelembapan pada kekabu.

vii) Kekabu bersifat tidak toksik kerana tidak mengandungi bahan kimia tambahan. Maka kekabu tidak memberikan kesan sampingan yang negatif kepada si penggunanya.

viii) Kekabu adalah ringan iaitu 7 kali kurang tumpat daripada kapas ( (Manohara et. al., 2006)

Sesungguhnya masih banyak kelebihan Pembekal kekabu asli indonesia dari kekabu itu sendiri:

  • Anda semuanya bisa mencoba bahwa kekabu itu lebih baik dari serat sintetis
  • Tidak bisa di bantah bhawa kekabu itu telah banyak digunakan pada zaman dahulu kala, bahkan ada beberapa orang masa kini yang tetap menggunakan kekabu sebagai tilan dan bantal
  • Tentu bisa melindungi kita dari alergi dari bahan lain, tentu ini memberikan daya pikat tersendiri.

Atas segala kebaikan kekabu tersebut, maka saya dan keluarga memilih untuk menjalankan perniagaan produk kekabu secara atas talian supaya ramai rakyat Malaysia mahupun dari luar negara dapat membeli dan menggunakannya. Sekurang-kurangnya perniagaan kami ini dikira sebagai memenuhi salah satu tuntutan fardhu kifayah untuk ummah.Semoga ummah sentiasa sihat daripada tidur yang sempurna.

Sumber:kekabukekabu.blogspot.com

6 Responses so far.

  1. norreha bt kostor says:

    Bagaimana untuk saya mendapatkan bekalan kekabu dengan mudah. Sila berikan alamat kedai atau gudang yang terdapat di selangor bersama no. talipon utk dihubungi, terima kasih.

  2. Liza says:

    Sila email saya harga kekabu utk harga borong..saya penjual tilam baby.tqvm.

  3. Aminuddin says:

    berapa harga sekilo?, cara delivery? transaksi/pembayaran?

  4. azam says:

    I from malaysia can i get your contact for more imfomation

  5. maszurah omar says:

    Saya ingin membeli kekabu untuk di export di chittagong bangladesh.
    sila hubungi saya dengan kadar segera.

  6. ROSNI BINTI HASSAN says:

    salam..saya berminat dengan kekabu,kalau boleh saya mahu 1tan lebih..macam mana untuk saya berhubung dengan En..kalau boleh sila call atau wassap di numbers 017-9471026 (WAN HAIRUDDIN)

WhatsApp us